Menu

 

A+ A A-

ADAB BERIBADAT

  • Ditulis oleh 
  • Kategori Tips
  • Read 1181 times

KITA adalah hamba kepada Allah s.w.t. Dengan itu, telah terpateri janji untuk beribadat hanya kepada Allah s.w.t., tiada yang lain. Sesungguhnya juga, telah digariskan adab beribadat yang patut kita amalkan.

adab-beribadat-1

1 Mengikhlaskan niat hanya kepada Allah s.w.t. Elakkan daripada berniat kerana hendakkan pujian orang ramai.

2 Bertaubat kepada Allah s.w.t. Elakkan daripada perasaan takut kepada makhluk lain seperti hantu dan jin.

3 Bersabar atas ujian Allah s.w.t. Elakkan daripada menyalahkan takdir dan berburuk sangka.

4 Malu terhadap Allah s.w.t. Elakkan daripada berbuat maksiat dan tidak berasa bersalah dalam kejahatan yang dilakukan.

5 Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah s.w.t. Elakkan daripada berbangga diri atas sesuatu kejayaan.

6 Bertawakal kepada Allah s.w.t. Elakkan daripada berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa berdoa.

7 Mengingati Allah s.w.t. dalam segala urusan. Elakkan daripada terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t.

adab-beribadat-2

Teacher Ruby
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.8


Gen Q

Terbitan majalah berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredhaan-Nya.

Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.

Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.

Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.

 

Dapatkan majalah Gen-Q keluaran terbaru di Addeen Online Store!

Kembali ke atas