SUPER SURGERI DALAM AL-QURAN
- Ditulis oleh Ustaz Amly Asenar
- Kategori Al Quran
- Read 8876 times
KEBENARAN DI SEBALIK KERDIPAN CAHAYA, TETAP DILIHAT HATI BERZIKIRKAN ‘RABBANA’; NAMUN BAGI HATI YANG INGKAR, SECERAH MENTARI MEMBAKAR MASIH TETAP GERHANA.
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 26 yang bermaksud:
“sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu. Adapun orang-orang yang beriman mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar dari Tuhan mereka tetapi mereka yang kafir mengatakan, ‘Apakah maksud Allah menjadikan ini untuk perumpamaan?’ Dengan perumpamaan ini ramai yang disesatkan Allah (sebab keingkaran mereka) dan dengan perumpamaan ini pula banyak orang yang diberikan petunjuk. Dan tidak ada yang disesatkan Allah kecuali orang-orang yang fasik.”
Apakah nyamuk?
Saintifiknya, nyamuk ialah serangga yang tergolong dalam kategori Diptera. Diptera maksudnya dua sayap. segala kajian berkenaan serangga Diptera dikenali dengan nama ‘dipterology’. Nyamuk juga dikenali juga dengan nama ‘mosquito’. Menurut sumber Wiki, nama ini sebenarnya berasal daripada bahasa sepanyol atau Portugis yang bermaksud lalat kecil. Penggunaan nama ini telah mula digunakan semenjak 1583 lagi.
Super Surgeri
Berdasarkan kajian Harun Yahya (Adnan Oktar) dan Dr. Ratib an-Nablisi, banyak fakta menarik tentang nyamuk yang boleh dikongsikan. ini bukti kehebatan penciptanya iaitu Allah s.w.t.. Di sini diterangkan beberapa ciri nyamuk yang menggambarkan ia layak digelar super surgeri. Mari lihat jadual berikut:
Nyamuk melakukan proses pembedahan persis seorang doktor surgery di dalam bilik operasi yang lengkap dengan segala kelengkapan tanpa anda sedarinya. Hebat, bukan?
Kisah nyamuk dalam al-Quran
Berdasarkan Tafsir Munir, orang munafik memperlekehkan kebenaran al-Quran yang dibawa oleh Rasulullah kerana disebut tentang lalat dan labah-labah. Lalu Allah menurunkan ayat ini menunjukkan Allah tak berasa malu sedikit pun hatta nyamuk sekalipun.
Kebenaran walaupun ia kecil
Allah tidak berasa malu kerana Allah tahu hikmah dan rahsia kehebatan seekor nyamuk yang telah terbukti pada hari ini. Dapat disimpulkan, kebenaran di dalam islam amat tinggi nilainya walaupun ia kecil. ia boleh menjadi penentu sejauh mana seseorang itu berada dalam landasan islam. Oleh itu, latihlah diri untuk bersama-sama dengan islam dan mempertahankannya walaupun sekecil-kecil perkara. Hayatilah jadual berikut:
Ustaz Amly Asenar
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.6
Ustaz Amly Asenar
Sarjana Muda Syariah Universiti al-Azhar. Mempunyai pengalaman dalam bidang perguruan. Terlibat dalam penulisan buku dan majalah. Selepas buku pertamanya Ayuh Bersahur, kini karya keduanya Ayuh Haji sedang berada di pasaran. Kini editor Syariah di Telaga Biru Sdn. Bhd.
Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.