Menu

 

A+ A A-

SAYAP SI HELANG BUKAN SEKADAR KEGAGAHAN

Sayap Berterbangan

Sememangnya kebesaran ilahi tidak mampu dihitung oleh manusia. Namun itu tidak bermakna berhenti mencari, memahami dan memikirkannya. Mengapa? Kerana kebesaran Allah hanya dapat dilihat dan dinilai apabila manusia mencarinya.

HELANG2

Perhatikan dalam al-Quran, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Apakah mereka tidak memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh di udara) selain yang Maha Pemurah. sesungguhnya Dia Maha Melihat segala sesuatu.” (surah al-Mulk 67: 19)

Jika kita tukar ayat di atas kepada satu formula maka ia seperti berikut:

Mata + Kejadian burung (berterbangan) = Terzahir kebesaran ilahi maka, Mata – Kejadian burung (berterbangan) = Alpa dan lalai
Maha suci Allah! Begitu mudah sebenarnya mencari kebesaran ilahi. Manusia hanya menggunakan pancaindera yang diberikan oleh Allah dan ditambah dengan sedikit sahaja usaha iaitu dengan melihat ke udara. Maka kesannya akan menyentap dan meruntuhkan tembok jahiliah dalam hati mereka.

Akhirnya cahaya ilahi akan menerangi hati sanubari mereka. Terima kasih ya Allah atas nikmat ini!

Siapakah Si Helang?

Ayat tadi menyebut salah satu perihal burung yang begitu mempesonakan iaitu kemampuannya berterbangan di angkasa, sehingga terdapat kajian mendapati terdapat burung yang mampu terbang 86 jam tanpa henti! Manusia amat terpesona sehingga menjadi inspirasi terciptanya kapal terbang pada hari ini. spesies burung amat banyak jumlahnya. Burung helang dipilih kerana ia persis pahlawan gagah di angkasa kerana kajian mendapati burung Falcon Peregrine mampu terbang menjunam dengan kelajuan kira-kira 180 batu per jam (290 km/j). ia juga mempunyai kisah yang amat menarik untuk dikongsi bersama pada zaman kebejatan akhlak manusia, terutamanya dalam kalangan remaja.

Burung helang mempunyai rantaian keluarga yang begitu besar. Antara nama besar yang dikenali ialah seperti Falcon, Eagle dan Hawk. Namun dalam bahasa Melayu, ia dikenali dengan nama helang sahaja. Antara ciri-ciri umum burung helang adalah:

HELANG1

  • Haiwan pemangsa iaitu karnivor.
  • Berdarah panas.
  • truktur tubuh yang kuat.
  • Membiak dengan cara bertelur.
  • Mata yang tajam.
  • Paruh bengkok yang kuat untuk
  • mengoyak mangsa.
  • sistem pernafasan yang baik untuk membekalkan oksigen yang banyak ketika terbang.


Iktibar daripada Si Helang

Selain ciri-ciri fizikal yang ada pada seekor burung helang, ia juga dianugerahkan Allah dengan ciri-ciri sikap yang begitu menarik memperlihatkan kebesaran Allah melalui sunnatullah seperti saling menyokong, suka diajar dan seronok apabila mengetahui tenaga pengajar menyukainya, tidak suka dipandang hina dan pengkhianatan, dan  menjaga anak-anaknya.

HELANG

 

 

 

Ustaz Amly Asenar

Sumber artikel daripada GEN-Q 7


 

 

Ustaz Amly Asenar

Sarjana Muda Syariah Universiti al-Azhar. Mempunyai pengalaman dalam bidang perguruan. Terlibat dalam penulisan buku dan majalah. Selepas buku pertamanya Ayuh Bersahur, kini karya keduanya Ayuh Haji sedang berada di pasaran. Kini editor Syariah di Telaga Biru Sdn. Bhd.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

 

Kembali ke atas