Menu

 

A+ A A-

4 PAKSI KUALITI MASA MUSLIM

Muslim dan Masa

Bagaimana cara sepatutnya sebagai seorang Muslim mengatur masa?

Terlalu banyak sebenarnya cara yang boleh digunakan untuk mengatur masa asalkan mampu memberikan manfaat dan menepati syariat. Namun ramai yang tidak tahu ada empat paksi utama yang perlu dipasakkan ke dalam masa kita agar ia benar-benar berkualiti.

Islam dan Masa

Masa sangat berkaitan rapat dengan kehidupan manusia. Begitu juga dengan Islam kerana Islam agama yang mentadbir dan menguruskan masa sama ada di dunia ataupun di Akhirat. Oleh sebab itulah doa yang paling masyhur dibaca ialah: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga kebaikan di akhirat.”

Jika ilmuwan Barat sangat berbangga dengan kejayaan mereka mencipta teori-teori pengurusan masa di dunia, maka umat Islam sewajarnya berbangga dengan diri mereka sendiri kerana mereka menguruskan masa sehingga ke akhirat. Maha Suci Allah!

Masa itu Tanggungjawab

Setelah mengetahui betapa pentingnya masa dalam Islam, maka sayugialah difahami bahawa setiap yang penting itu ialah amanah, dan amanah bermakna tanggungjawab. Sejurus sahaja kita dilahirkan, maka sudah terletak di atas bahu suatu amanah yang akan dijaga dan ditunaikan dengan sebaiknya.

Namun amanah itu tertangguh kerana menantikan proses kematangan akal dan jiwa yang disebut dengan akil baligh, iaitu sudah matang akalnya dan tubuh badannya untuk menjalankan amanah tersebut.

Pengembaraan Mencari Allah

Manusia diibaratkan sebagai musafir yang akan pulang ke kampung halamannya setelah menunaikan tugasan yang diberikan. Tugasan itulah amanah. Amanah untuk mencari dan mengenal pencipta alam sejagat ini iaitu Allah s.w.t. Maka sudah pasti musafir berkait rapat dengan masa kerana setiap tugasan mempunyai masa yang diperuntukkan. Musafir perlu berkelana dan memanfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya agar tugasan yang diberikan dapat dicapai dengan jaya.

4 Paksi

Musafir yang dimaksudkan ialah pendakwah atau dai, dan tugasan yang dimaksudkan ialah dakwah. Inilah tujuan utama manusia diciptakan. Semua umat Islam merupakan dai yang memainkan peranan penting dalam arus dunia.

Oleh sebab itulah Allah telah berbicara berkenaan perkara ini dalam surah al-‘Asr dan memberikan empat paksi utama yang perlu dijaga agar masa yang ada mendapat kualiti yang diharapkan. Kupasan berkenaan empat paksi tersebut boleh dilihat pada jadual berikut:

4-Paksi-Kualiti-Masa-Muslim-1

4-Paksi-Kualiti-Masa-Muslim-2

4-Paksi-Kualiti-Masa-Muslim-3

4-Paksi-Kualiti-Masa-Muslim-4

Penghujung Bicara

Apa jua cara pengurusan masa sekalipun, ia mestilah atas dasar kesedaran diri sebagai seorang pendakwah dan menjurus kepada empat paksi yang disebutkan tadi agar medan dakwah tidak kosong dan lompong daripada menerima pancaran cahaya mentari hidayah Allah yang menghangatkan jiwa-jiwa yang keras agar kembali lembut dan luntur seterusnya mendekatkan diri kepada Allah.

Caranya terpulang kepada anda kerana anda mengenali siapakah anda, apakah kemahiran anda, di mana anda berada, siapakah di sekeliling anda? Setapak anda bersyariat selama-lamanya anda dalam nikmat. Ayuh melangkah!

Ustaz Amly Asenar

Sumber artikel daripada majalah Al-Ustaz isu No.7


Ustaz Amly Asenar

Sarjana Muda Syariah Universiti al-Azhar. Mempunyai pengalaman dalam bidang perguruan. Terlibat dalam penulisan buku dan majalah. Selepas buku pertamanya Ayuh Bersahur, kini karya keduanya Ayuh Haji sedang berada di pasaran. Kini editor Syariah di Telaga Biru Sdn. Bhd.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

 

Kembali ke atas