Menu

 

A+ A A-

GUGUR BUKAN BERMAKNA PASRAH

“DEDAUN yang berguguran apabila musim luruh mula mengetuk bukan bermakna ia pasrah, hakikatnya untuk mempersiapkan diri menuruti sunnah Ilahi, mengajar insan yang sifatnya lemah.”

gugur2Hikmah Allah s.w.t. amat tinggi dalam mengajar dan memberikan pertunjuk kepada hamba-hamba-Nya walaupun dengan sehelai daun. Dalam surah al-An‘am ayat ke-59 telah dirakamkan satu simbolik yang amat tinggi apabila Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: “… dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya …”

Musim Luruh

Daun yang berguguran merupakan salah satu daripada fenomena alam. Ia dikenali denganmusim luruh atau musim gugur. Salah satu daripada empat musim yang menunjukkan peralihan ialah daripada musim panas ke musim sejuk. Musim ini berlaku di daerah beriklim sederhana. Jika hendak ditentukan dengan masa, ia berlaku pada bulan September, Oktober dan November.

gugu3

Di Sebalik Daun yang Gugur

gugur1Pelancong suka datang untuk melihat fenomena musim luruh atau juga dikenali dengan “pemerhati daun”, kerana ia menggambarkan kecantikan alam semulajadi. Namun di sebalik gugurnya dedaun itu, sebenarnya menyimpan pelbagai hikmah yang juga merupakan salah satu daripada aturan ‘sunnatullah’.

Proses Mempersiapkan Diri

Melalui jadual tadi, tersingkap kehebatan aturan yang telah disediakan oleh Allah s.w.t. Gugurnya dedaun itu bukanlah sia-sia. Ia aturan yang mesti dilalui bagi menghadapi cabaran yang lebih getir. Begitu juga dengan diri manusiayang diuji dengan pelbagai ujian yang menyebabkan ia gagal dan jatuh. Namun apabila iktibar diambil daripada kejatuhan itu, maka ia menjadi pemangkin untuk lebih berjaya.  Justeru, jangan mudah berputus asa dan anggaplah mempersiapkan diri.

Ilmu Allah Maha Luas

Berbalik kepada ayat surah al-An‘am yang disebutkan di awal tadi, Allah s.w.t. menyatakan bahawa tiada sesiapa yang dapat menandingi kekuasan-Nya. Tiada sehelai daun pun yang akan gugur ke muka bumi ini melainkan Allah mengetahuinya. Bayangkan daun-daun yang gugur ketika musim luruh, semuanya dalam pengetahuan Allah s.w.t.

Justeru selaku hambanya yang lemah,renungilah aturan Allah yang penuh dengan hikmah dan kembalilah ke pangkuan-Nya. Manusia memerlukan panduan dan aturanNya iaitu berdasarkan kepada al-Quran dan sunnah. Hidup mesti dengan-Nya!

USTAZ AMLY ASENAR

Sumber artikel daripada GEN-Q 10


 

Ustaz Amly Asenar

Sarjana Muda Syariah Universiti al-Azhar. Mempunyai pengalaman dalam bidang perguruan. Terlibat dalam penulisan buku dan majalah. Selepas buku pertamanya Ayuh Bersahur, kini karya keduanya Ayuh Haji sedang berada di pasaran. Kini editor Syariah di Telaga Biru Sdn. Bhd.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

  

 

Kembali ke atas