Menu

 

A+ A A-

PANTUN

Assalamualaikum adik abang,

Semoga adik abang semua berada dalam keadaan dan kesihatan yang baik-baik dan dapat menjalankan ibadah dengan sempurna disamping membaca al-Quran dengan hebatnya. Alhamdulillah…bertemu lagi kita dalam ruangan yang tak seberapa ini.  Untuk kali ini, Abang Long tak nak cakap/ tulis banyak. Abang Long nak berpantun saja. Tapi pantun ini bukan sebarang pantun, pantun ini juga bukan pantun seberang…pantun ini pantun santai. Santai macam mana pun ia tetap terisi secebis ilmu di dalamnya. Jadi…dengan semangat nak berpantun, inilah ianya:

PANTUN 1

Rendam stokin dalam baldi,

Lalu dicuci di tepi kali;

Biar kurus badan melidi,

Asalkan jujur bertali-tali.

Kiri jalan kanan pun jalan,

Di tepi highway terduduk malu;

Depan kawan belakang kenalan,

Orang tak jujur lidah terkelu.

 

Menjenguk muka di balik pintu,

Bibir tersangkut di selak kunci;

Siang malam duduk membatu,

Tak pernah jujur orang pun benci.

Mengukur benang gunakan kayu,

Besi berani patah hujungnya;

Hati gusar mata pun kuyu,

Cakap bohong mana jujurnya.

Tali tersangkut gasing melayang,

Batu seremban jatuh bertabur;

Tengok muka baiknya terbayang,

Di sebalik jujur ada pula takbur.

Hajat hati nak panjat gunung,

Malangnya tali panjang sejengkal;

Setiap masa duduk termenung,

Tak jujur itu sifat budak nakal.

 

Dah sudah itu sudahlah,

Dah cukup itu cukuplah;

Dah jahat itu pergilah,

Dah jujur itu baguslah.

 PANTUN 2

 

Okeylah adik abang semua. Rasanya cukup setakat ini dulu Abang Long menulis dan berpantun. Banyak lagi pantun yang bermacam macam genre di stor buku Abang Long

tu… saja Abang Long tak nak bawa keluar, nanti satu majalah Gen-Q penuh dengan pantun Abang Long pula heh! Untuk mengakhiri Warkah Abang Long kali ini, Abang Long nak sampaikan satu sajak kali ini, Abang Long nak sampaikan satu sajak tazkirah untuk adik abang. Jom baca dan menghayatinya…tajuknya…

Suara azan menyapa angin untuk disampai ke cuping kanan terasa dingin bagai hembusan salju yang tergambar di kotak cokelat yang berbentuk tiga segi bersama bisikan-bisikan ingatan tentang keagungan Maha Pencipta lalu dengan harapan tidak disia-siakan bagi pendengarnya yang sentiasa lalai dibuai dunia dengan cinta palsunya.

Katanya, “Jom, solat!”

Wassalam.

 

Azzam Supardi 

Sumber artikel daripada QEN-Q 10


 

Azzam Supardi

Pernah mengikuti pengajian di Maahad Buhuth di Kaherah, Mesir. Kini bertugas di Telaga Biru Sdn. Bhd. sebagai editor majalah.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas