Menu

 

A+ A A-

KEPENTINGAN MENJAGA AKIDAH

Islam dibina di atas tiga asas yang utama iaitu akidah, syariah dan akhlak. Antara ketiga komponen ini, akidah adalah asas yang paling utama dan tunjang kepada Islam. Tanpa akidah, Islam akan terkubur dan segala amal soleh tidak akan dinilai di akhirat nanti.

Kepentingan menjaga akidah Islam tercerna nampak dalam ayat-ayat Quran dan hadis Nabi s.a.w. Antaranya firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik terhadap-Nya, dan Allah akan mengampunkan dosa selain itu bagi sesiapa yang Ia kehendaki.” (Surah al-Nisa’: 48) menumpukan kepada persoalan akidah.

Dalam satu riwayat hadis, Nabi s.a.w. menghantar Muaz ibn Jabal ke Yaman. Nabi s.a.w. berpesan agar Muaz mengajak ahli  aman untuk mentauhidkan Allah terlebih dahulu. Apabila akidah sudah bertapak kukuh, maka barulah dikhabarkan dengan kewajipan solat. Itu pesan Nabi s.a.w. Ini bermakna penumpuan kepada akidah amat ditekankan oleh Nabi s.a.w. (Rujuk Sahih Muslim, kitabIman, No. hadis 29-31).

FASAkidah tauhid juga adalah hak Allah. Dalam riwayat hadis, Nabi s.a.w. menerangkan bahawa hak Allah ke atas hamba-hamba ialah Ia disembah dan tidak disekutukan dengan apa jua. (Rujuk Sahih Muslim, kitab Iman, No. hadis 50).

Terdapat banyak tegahan dalam Islam yang mana ia dikira sebagai dosa, namun dosa yang tidak akan terampun ialah dosa syirik. Syirik ini bukan bermakna sesiapa yang kufur hari ini kemudian menganut Islam namun dosanya tidak terampun. Kaedah asas dalam Islam ialah Islam menghapuskan apa-apa dosa sebelumnya. Namun syirik di sini bermaksud mati dalam keadaan syirik. Ia adalah kesudahan yang buruk atau suu al-khatimah.

Dalam sirah perjuangan dakwah para rasul, perkara akidah adalah persoalan utama dan pertama. Semunya menyeru agar Allah disembah. Contohnya dalam surah al-A’araf: “Sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya lalu beliau berkata wahai kaumku sembahlah Allah.” (Surah al-A’araf: 59)

Seruan yang sama dibawa oleh Nabi Hud, Nabi Soleh dan Nabi Syuaib dalam surah tersebut. Jika direnung pula sirah Nabi Muhammad s.a.w., maka didapati seruan  Nabi s.a.w. di Makkah selama 13 tahun hanya berada di dalam neraka. Kenapa orang yang baik dan banyak melakukan amal soleh seperti derma, bantuan kepada anak yatim dan sebagainya boleh diazab? Asasnya ialah keimanan kepada Allah. Maka apabila disoal tentang dosa yang paling besar di sisi Allah, Nabi s.a.w. menjawab:

“Kamu menjadikan bagi Allah akan sekutu sedangkan Allah menjadikan kamu.”

MIXED(Riwayat Muslim, kitab Iman, No. hadis 141). Hari ini, gejala kerosakan akidah makin berlaku. Akidah terhakis sedikit demi sedikit. Iman makin berkurang tanpa disedari. Maka apa juga usaha bagi menjaga akidah hendaklah disokong. Terhakisnya iman ini digambarkan dalam satu hadis Nabi s.a.w. maksudnya:

“Sesiapa yang melihat (mengetahui) sesuatu perkara munkar, maka ubahlah ia dengan tangannya (juga kuasanya). Maka jika tidak mampu maka dengan lidahnya. Maka jika dia tidak mampu maka dengan hatinya. Dan demikian adalah selemah-lemah iman.” (Riwayat Bukhari Muslim, 2/1819)

Mengingkari perkara munkar sekadar dengan hati adalah tanda keimanan walaupun ia dikira sebagai iman yang lemah. Ini bermakna bahawa jika kita tidak mengingkari dengan hati maka ia mewujudkan satu ruang gembira dan redha dengan maksiat. Rasa redha dengan maksiat dikira sebagai maksiat manakala rasa redha dengan kekufuran dikira sebagai kufur.

Adakah kita pernah terfikir apakah perkara-perkara sekitar kehidupan kita yang boleh menghakis iman dan merosakkan akidah kita? Cuba tanya diri kita. Bagaimana dengan amalan sihir yang dijelmakan dalam bentuk ilmu hitam. Bagaimana tenungan nasib dengan hanya melihat tapak tangan atau alamat tertentu. Bagaimana dengan senaman yoga yang mengandungi mantera-mantera yangtidak diketahui maknanya.

Ramai yang tidak setuju dengan fatwa pengharaman yoga. Ini kerana ia satu senaman yang baik untuk kesihatan. Namun persoalan yang lebih utama ialah akidah. Yoga boleh diamalkan jika ia bebas daripada unsur yang tidak selaras dengan Islam. Antaranya mantera yang tidak diketahui maknanya dan juga keyakinan untuk bersatu dengan Tuhan.

Mungkin ada anggapan bahawa ramai orang Islam yang beramal dengan yoga tetapi mereka tetap solat. Itu kita akui tetapi biarlah kita meletakkan persoalan utamaialah untuk menjaga akidah agar tidak rosak. Maka fatwa tersebut hendaklah diterima dengan positif kerana tujuannya murni.

Maka dengan tujuan menjaga akidah,Dikisahkan dalam satu riwayat hadis bagaimana seorang lelaki ingin menyembelih haiwan korban di suatu tempat. Persoalan ini diajukan kepada Nabi s.a.w. Sebelum mengharuskan sembelihan haiwan di tempat tersebut, dua soalan ditanya oleh Nabi s.a.w. kepada lelaki tersebut. Pertama, adakah wujud berhala yang disembah di tempattersebut, dan kedua, adakah wujud perayaanbukan Islam di tempat tersebut. Dijawab oleh lelaki itu bahawa tiada terdapat berhala yang disembah dan tidak juga terdapat perayaan bukan Islam di tempat tersebut, maka Nabi s.a.w. membenarkan penyembelihan haiwan dilakukan di situ.

Mungkin kita berfikir kenapa dua persoalan ini ditanya oleh Nabi s.a.w. Tidakkah haiwan yang disembelih di mana-mana pun adalah halal, jika ia disembelihkerana Allah walaupun berhampiran berhala? Maka di sini kita dapati ruh menjaga akidah merupakan agenda penting dalam Islam.

Oleh itu, marilah kita memperkukuhkan kefahaman kita terhadap akidah Islam. Ada perkara yang menjadi titik utama dalam akidah namun ada juga yang hanya sekadar ranting sahaja. Apapun, menjaga akidah Islam daripada rosak dan tercemar satu kewajipan.

 

 

Ustaz Nidzam Abd. Kadir

Sumber artikel daripada majalah Solusi Isu 8


 

 

 

Last modified onTuesday, 05 May 2015 11:10
Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Lulusan diploma KUSZA, Sarjana Muda Universiti al-Azhar, Kaherah dan Ijazah Sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Juga pengalaman pengajian di Pondok Pasir Tumboh. Kini pensyarah di UIAM. Boleh dihubungi di e-mel (nidiium@yahoo.com).

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

  

  

  

Kembali ke atas