Menu

 

A+ A A-

MAKNA HIDUP YANG BERMAKNA

PERTEMUAN KITA KALI INI SANGAT ISTIMEWA DAN AMAT BERMAKNA KERANA BUKAN SAHAJA KITA TELAH MENJEJAKKAN KAKI KE DALAM TAHUN BARU HIJRAH TETAPI JUGA TAHUN BARU MASIHI. SAMBUTAN BERGANDA NAMPAKNYA. ALHAMDULILLAH.

Seperti lazimnya, di awal-awal tahun ini, kebanyakan antara kita mempunyai semangat yang berkobar-kobar dalam mencapai apa yang diingini, sama ada azam yang baru mahupun menyambung kesinambungan azam yang terdahulu. Hari berganti minggu, berganti bulan dan berganti tahun… di manakah kedudukan kita? Adakah seperti apa yang kita rancangkan? Atau adakah seperti apa yang diazamkan sebelum ini? Atau adakah kita di atas landasan yang betul? Atau adakah kita telah tersasar jauh? Atau adakah matlamat dan azam asal sudah beralih arah? Atau yang paling penting sekali, adakah azam yang saban tahun cuba kita capai itu memberi makna kepada hidup kita? Sama-sama kita bermuhasabah seketika.

HARAPAN DAN AZAM

DARI MINDA - MAKNA HIDUP YANG BERMAKNA Zarita Hj KasimKita sering mendengar harapan dan azam untuk mendapat hidup yang bermakna, tetapi berapa ramaikah antara kita ini yang jelas atau faham tentang makna hidup yang sebenarnya? Dengan memahami makna hiduplah kehidupan kita akan lebih bermakna (ada sedikit kekeliruan tentang ayat ini ya?). Begini, makna hidup atau erti hidup memberi banyak tafsiran jika ditanyakan kepada masyarakat. Namun, sebagai umat islam, memahami makna dan erti hidup inilah yang akan menjamin kehidupan yang bermakna sama ada di dunia dan juga di akhirat kelak. Untuk memudahkan, kita katakana seperti ini: ‘Hidup kita di dunia akan menentukan kehidupan kita di akhirat’. Oleh itu penetapan azam yang saban tahun kita amalkan haruslah seiring dengan makna hidup kita sebagai khalifah Allah. ini adalah perkara yang serius dan bukan main-main. Namun begitu, janganlah bimbang kerana Allah s.w.t. telah membekalkan kita dengan ‘manual’ atau panduan yang tiada tolok bandingnya yakni al-Quran dan hadis.

Lebih cepat dan awal kita faham serta jelas tentang makna hidup, lebih mudah dan lebih banyak manfaat yang dapat diperoleh. Jom kita gali apa makna hidup menurut Al-Quran:

1 Hidup adalah ibadah:

Dalam surah az-Zariyat ayat 56, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku.”

2 Hidup adalah ujian:

hidupDalam surah al-Baqarah ayat 155, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

3 Kehidupan di akhirat lebih baik dari kehidupan di dunia:

Dalam surah ad-Dhuha ayat 4, Allah s.w.t. berfi rman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya! Kesudahan (akhirat) keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya (dunia).”

4 Hidup adalah sementara:

Dalam surah al-Muknim ayat 39, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai kaumku! sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.” Masya-Allah…begitu dalamnya makna hidup kita selama ini dan malangnya masa yang telah kita lalui sebelum ini yang tidak dipergunakan sepenuhnya dalam mencari hidup yang bermakna. Oleh itu selaraskanlah azam dan makna hidup kita kerana Khalifah Ali ibn Abi Talib pernah berkata:

Sesiapa yang mengharapkan syurga akan berlumba melakukan kebaikan; sesiapa yang takutkan neraka akan menamatkan kemungkaran; sesiapa yang yakin dengan ketibaan hari mati akan kehilangan segala perasaan ghairahnya; dan sesiapa yang betul-betul mengenal dunia akan dapat menghadapi cabaran dengan mudah.

 

Oleh Zarita Hj Kasim

Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu 6

 


 

Zarita Hj Kasim

Merupakan kolumnis di Telaga Biru untuk majalah Gen-Q serta Fellow PPLI di Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM). Pernah memegang jawatan sebagai pensyarah separuh masa (Media Elektronik) di IIUM serta produser dan DJ di IKIM fm.

 

Kembali ke atas