Untungnya Kalau Diam
- Ditulis oleh Gen Q
- Kategori Angguk Geleng
- Read 87967 times
INI tentang bercakap-cakap di dalam masjid, sama ada waktu luang antara azan dan iqamat mahupun bila-bila masa yang bukan dalam waktu solat. Namun diingatkan, tiada menjadi kesalahan jika bercakap tentang ilmu dan mendengar kuliah. Malah digalakkan untuk mengimarahkan masjid dengan perkara-perkara tersebut. Yang menjadi kontroversinya apabila bercakap tentang dunia; gosip, tuduh, gelak ketawa yang tidak bermotif. Itu semua adalah melalaikan dan menghodohkan jiwa.
Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. ada menyebut tentang perkara ini, yang bermaksud: “Pada akhir zaman kelak akan ada satu kaum yang duduk-duduk di masjid dalam beberapa kumpulan, imam mereka adalah dunia. Oleh kerana itu, janganlah kamu duduk bersama mereka kerana Allah tidak memiliki kepentingan terhadap mereka.”
Untungnya kita jika diam sambil bermuhasabah dan ruginya kita jika bising tidak bermunasabah. Q
Sumber artikel daripada majalah Gen-Q isu No.2
Gen Q
Terbitan majalah berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi kini ke arah keredhaan-Nya.
Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.
Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.
Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.
Dapatkan majalah Gen-Q keluaran terbaru di Addeen Online Store!