Menu

 

A+ A A-

MENYELESAIKAN MASALAH DI TEMPAT KERJA

BOLEH dikatakan setiap hari kita berhadapan dengan pelbagai tugasan dan masalah di tempat kerja. (Kerana kita dibayar gaji untuk melakukan semua itu!). bermacam perkara yang perlu diselesaikan, lebih-lebih lagi kalau ada pula aral yang melintang. Argghhh! Tidak! Nak meraung pun ada, nak menangis pun ada.

Ada yang hati mereka sentiasa gusar dan gundah, bahkan sebelum pergi ke tempat kerja pun sudah terasa bermasalah. Anda tidak perlukan kebimbangan untuk menyelesaikan masalah yang anda sedang hadapi. Ia tidak baik untuk hati dan emosi anda. Belajarlah untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah secara tenang dan tersusun. Di bawah ini ada 10 tip bagaimana untuk menghadapi masalah di tempat kerja.

2. Kenal pasti apakah masalah

Sekali lagi, jangan asyik menyalahkan orang lain. Jika benar pun ada faktor luaran yang menyebabkannya, tangguhkan sekejap. Objektif kita sekarang bukan untuk mencari salah siapa, tetapi mencari apa masalahnya.

3. Masalah itu milik siapa?

Setelah menyenaraikan masalah sebenar, fikir semula adakah ia benar-benar kerana anda? Jangan bebankan diri anda dengan memikirkan masalah yang “dimiliki” oleh orang lain. Pilih masalah anda yang sebenar, dan “pulangkan” semula semua yang menjadi milik orang lain.

4. Berbincang dengan orang lain

Biasanya orang yang menghadapi masalah akan rasa gelisah dan risau — ini boleh menjejaskan keupayaan mereka untuk menyelesaikan masalah itu. Tetapi jangan pula hendak “menjaja” masalah itu kepada semua orang. Pilihlah orang yang sesuai untuk masalah yang sesuai jika anda rasa perlukan perbincangan dengan orang lain.

5. Kenapa masalah tersebut timbul?

Jika banjir kilat disebabkan longkang yang tersumbat, maka bersihkanlah longkang tersebut. Dengan mengenal pasti punca, kadangkala anda boleh mendapatkan penyelesaiannya. Tetapi dalam kebanyakan hal, belum tentu punca boleh menyelesaikan masalah. Tetapi ia penting untuk memastikan perkara yang sama tidak berulang kembali.

6. Apa yang boleh memburukkan lagi keadaan?

Bunyinya macam untuk merosakkan keadaan, tetapi tidak. Dengan mengenal pasti perkara yang boleh memburukkan keadaan, anda boleh mengelak daripada memburukkan keadaan. Jika penghidap asma akan menjadi semakin teruk jika membela kucing, maka hantarkan sahaja kucing itu ke rumah kawan anda.

7. Fikirkan tiga cara untuk memperbaiki keadaan

Yang pertama, tindakan kecemasan untuk dilakukan sekarang, kedua adalah tindakan pemulihan sebentar lagi, dan ketiga, tindakan untuk jangka masa panjang. Setiap satu mungkin mempunyai beberapa subtindakan yang tersendiri.

8. Jika perlu, minta bantuan orang lain

Belajarlah bagaimana untuk berinteraksi secara persuasif. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk mempengaruhi orang lain agar bersama dengan anda.

9. Rekodkan usaha-usaha anda

Setiap kali anda bekerja untuk menyelesaikan masalah anda, anda sebenarnya sedang mempertingkatkan diri anda. rekodkan kerja-kerja anda itu walaupun perlahan. Sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda sedang bekerja untuk menyelesaikan masalah anda.

10. Masalah adalah Cabaran dan Peluang

Ia adalah cabaran dan peluang untuk anda mempertingkatkan diri anda. Tanpa masalah, hidup anda akan mendatar dan tidak berkembang. Setiap kali anda berjaya menyelesaikan masalah, potensi diri anda akan meningkat. Dalam masa yang sama, pengalaman akan bertambah dan keyakinan pada diri sendiri juga akan meningkat. Tiada silapnya untuk mempunyai masalah. Masalah ialah perkara normal dalam kehidupan manusia. Malah, orang yang tidak bermasalah sebenarnya mempunyai masalah. Masalahnya, dia tidak mempunyai masalah. Oleh itu, setiap kali anda ditimpa masalah, ingatlah pada hari ini, berjuta orang ditimpa masalah, dan anda ialah salah seorang daripadanya. Oleh itu, apa masalahnya? ¤

 

          Ahmad Fadzli Yusuf

Sumber artikel daripada majalah Solusi Isu No.4


 

Ahmad Fadzli Yusof

Professional Trainer/Speaker di RK Training & Management. Mendapat ijazah sarjana muda dan kemudian menyambung sarjana (Master) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini sedang menyiapkan kajian PhD dalam bidang pembangunan insan Universiti Malaya. Beliau merupakan Certified NlP Practitioner dan mendapat tauliah daripada National Federation of Neuro Linguistic Programming yang berpusat di California, Amerika Syarikat. Beliau juga adalah kolumnis tetap majalah e-Siswa dan sering muncul di tv, antaranya TV3, TV9 dan RTM. Lawati laman web beliau di www.fadzliyusof.com.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

 

Kembali ke atas