Menu

 

A+ A A-

PEMAKAIAN SELUAR PENDEK BAGI LELAKI

Dalam Islam, umatnya telah disyariatkan supaya menjaga kehormatan diri melalui amalan dan peraturan yang perlu dipatuhi. Bagi tujuan ini, mereka yang terdiri daripada kalangan lelaki dan perempuan mempunyai batasan dalam segala aspek yang berkaitan, termasuklah cara pemakaian.

 

SELUAR PENDEK

Secara umumnya, asal tujuan penggunaanpakaian adalah sebagai pelindung luarantubuh badan manusia daripada perkarayang tidak diingini. Perubahan masa telahmemperlihatkan fesyen terkini dan selaridengan kehidupan manusia moden. Namun,kebanyakan daripadanya melanggar syariatdan tidak mengikut kehendak Islam.

Bagi kaum lelaki, trend zaman sekarang seolah-olah menetapkan bahawa mereka perlu memakai pakaian khusus untuk acara tertentu. Antaranya, apabila mereka hendak bersukan, mereka perlu memakai seluar pendek atau sut yang menampakkan sebahagian besar tubuh badan. Lihat sahajalah kepada sukan olahraga, bola sepak, bina badan, dan sebagainya.

Pertama sekali, kita perlu memahami batasan aurat bagi kaum lelaki. Dalam mazhab Syafi’i, mereka diperintahkan untuk menutup kawasan anggota tubuh badan di antara pusat sehingga lutut. Aurat tidak boleh diperlihatkan kepada orang lain walau dengan apa cara sekali pun, sama ada memakai pakaian nipis yang menampakkan warna kulit, pakaian yang ketat sehingga menampakkan bentuk anggota badan, atau hanya menutup sebahagian kawasan sahaja dari tempat tersebut.

Maka, memakai seluar pendek terkeluar daripada pengamalan sebenar mazhab Syafi’i yang menjadi mazhab rasmi masyarakat Islam di Malaysia. Akhirnya, si pemakai yang bersukan kerana ingin menyihatkan badan, ditakuti mencampurkan aktivitinya itu dengan pemakaian yang tidak diingini dan dimurkai Allah s.w.t.

Namun, ada juga atlit yang memakai seluar pendek berserta seluar panjang di bahagian dalam yang menutup kawasan paha dan lutut. Ia juga dikenali dengan istilah ‘seluar fit.’ Secara asasnya, jika ia tidak menampakkan aurat dan warna kulit, maka ia dibenarkan dan tidak menjadi masalah. Berbeza pula jika pakaian tersebut masih menampakkan warna kulitnya selepas dipakai, ia seolah-olah sama dengan ciri pemakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna.

Oleh itu, segeralah ubah ciri pemakaian kita selama ini yang tidak menepati suruhan Islam. Insya-Allah, segala perlakuan yang kita lakukan pada waktu itu akan menjadi ibadah dan dikurniakan pahala.

 

USTAZ MUHAMMAD YUSUF ABD KADIR

Sumber artikel daripada GEN-Q 10


 

Ustaz Muhammad Yusuf b. Abd Kadir

Beliau editor Unit Terjemahan Telaga Biru Sdn. Bhd. Lulusan Universiti al-Azhar (B.A. Hons Usuluddin: Hadis dan Ulum Hadis) dan merupakan salah seorang kolumnis Majalah GenQ. Antara guru beliau adalah Syeikh ‘Ali Soleh iaitu seorang guru di Masjid al-Azhar.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas