Menu

 

A+ A A-

HUKUM BERKAHWIN DENGAN JIN

SOALAN: Adakah sah pernikahan manusia dengan jin? Ada orang di kampung saya mendakwa telah berkahwin dengan jin.

JAWAPAN:

Perkahwinan antara manusia dan jin adalah tidak sah kerana syarat sah perkahwinan itu mestilah sejenis. Hal ini dijelaskan dalam al-Quran mafhum ayatnya: “Dan antara tanda kebesaran Allah adalah dijadikan untuk kamu pasangan yang sebangsa dengan kamu untuk kamu hidup tenang dengannya dan Dia menjadikan antara kamu rasa kasih sayang dan rahmat.” (Surah al-Rum: 21)

Solat Jumaat di Surau

SOALAN: Di kampung saya ada sebuah surau dan masjid yang terletak tidak jauh antara satu sama yang lain. Bolehkah kami melaksanakan solat Jumaat di surau tersebut?

JAWAPAN:

Hal ini terpulang kepada jawatankuasa fatwa negeri sama ada membenarkan solat Jumaat diadakan di surau itu ataupun tidak. Sekiranya surau itu terletak dalam kariah yang berasingan dengan kariah masjid, maka sah mendirikan solat Jumaat di situ. Hanya surau itu tidak dinamakan masjid mungkin disebabkan wakafnya dahulu disebutkan sebagai wakaf surau, bukan wakaf masjid.Tetapi orang yang pergi bersolat ke masjid walaupun terdapat surau yang mendirikan solat Jumaat di kawasan tersebut, hukum solat Jumaatnya sah walaupun ia melanggar kawasan sekiranya tempat itu cukup bilangan jemaahnya.Sebaliknya, jika didapati surau yang terlibat tidak mempunyai bilangan jemaah yang mencukupi untuk didirikan solat Jumaat, maka hendaklah di tiadakan solat Jumaat di surau itu. Hendaklah kesemua penduduk solat sahaja di masjid walaupun agak jauh

Menyertu Pen

SOALAN: Saya bekerja sebagai posmen. Saya pernah membuat penyerahan surat berdaftar kepada seorang lelaki Cina peniaga daging babi. Ketika itu saya meminjamkan pen saya kepadanya untuk dia menurunkan tandatangannya. Setelah mengambil semula pen tersebut baru saya terfikir tentang hukum pen berkenaan. Adakah saya perlu membuangnya atau menyertunya atau bagaimana?

JAWAPAN:

Darah babi wajib disertu. Sekiranya jelas terdapat pada pen itu ada najis mughallazah, maka pen itu hendaklah disertu supaya tidak berjangkit darah babi itu ke tempat lain. Dalam sebuah hadis Rasulullahbersabda yang bermaksud: “Sucikan bejana kamu apabila dijilat anjing dengan membasuhnya sebanyak tujuh kali. Salah satu daripadanya hendaklah dicampurkan dengan tanah.” (Riwayat Muslim)

2HBDJ

Belajar Tajwid Tidak Wajib

SOALAN:Betulkah belajar tajwid tidak wajib? Saya terdengar ada ustaz menyebut demikian dalam ceramahnya.

JAWAPAN:

Ya. Tidak wajib belajar tajwid tetapi membaca al-Quran dengan bertajwid itu wajib. Prinsipnya mempelajari ilmu tajwid hukumnya fardu kifayah manakala membaca al-Quran dengan bertajwid hukumnya fardu ain. Maksudnya, mengetahui istilah-istilah hukum tajwid seperti mad lazim, izhar halqi, iqlab dan sebagainya tidaklah wajib. Kalau tidak ingat pun tidak berdosa. Namun, membaca al-Quran dengan bertajwid iaitu betul panjang-pendeknya, dengung dan tidaknya atau sebagainya itu wajib.

1HBDJ

Baru Niat Buat Maksiat

SOALAN:Adakah semata-mata niat untuk berbuat sesuatu maksiat dikira berdosa sekalipun kita tidak jadi melakukannya?

JAWAPAN:

Tidak berdosa, insya-Allah. Dalam Islam, sekiranya seseorang itu berniat untuk melakukan satu kebaikan tetapi tidak berkesempatan untuk melakukannya, maka dia akan mendapatsatu pahala. Begitu juga sekiranya dia berniat melakukan satu dosa atau maksiat, tetapi tidak jadi melakukannya, dia mendapat satu pahala. Hal ini berdasarkan sebuah hadis Nabi yangbermaksud: “Sesungguhnya Allah menetapkan hasanat (kebaikan-kebaikan) dan sayyi’at (kejahatan kejahatan) kemudian menjelaskan kedua-duanya. “Maka sesiapa yang berniat untuk melakukan satu kebaikan tetapi tidak dilakukannya, dicatat untuknya satu pahala kebaikan. Jika dia melakukannya, maka Allah mencatat untuknya 10 pahala kebaikan. Dan boleh jadi pahala tersebut akan digandakan sehingga700 kali ganda atau lebih.  “Sekiranya dia berniat untuk melakukan satu kejahatan tetapi tidak dilakukan, maka dicatat untuknya satu pahala kebaikan penuh. Jika dilakukan,maka dicatat untuknya satu dosa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tersenyum ketika Solat

SOALAN: Apa hukum tersenyum ketika solat?

JAWAPAN:

Solat tidak batal tetapi perbuatan tersenyum boleh menghilangkan kekhusyukan. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solat.” (Surah al-Mukminun: 1 dan 2) Ayat ini jelas memerintahkan agar orang Islam menghadirkan rasa khusyuk ketika mendirikan solat kerana ia merupakan nadi dalam solat. Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Majmu‘ berkaitan hal tersebut:  “Tersenyum dalam solat mengikut mazhab kami tidak memberi apa-apa kesan kepada solat.”

Jom Berzakat!

SOALAN: Bagaimana kita hendak menggalakkanseseorang untuk mengeluarkan zakat?

JAWAPAN:

Ulama telah menyebut beberapa hikmah disebalik pensyariatan zakat. Antaranya, apabila seseorang melaksanakan zakat, itu bererti dia telah menyempurnakan agama dalam dirinya. Inilah matlamat terbesar yang mesti dicapai oleh setiap Muslim. Setiap Muslim yang beriman hendaklah berusaha menyempurnakan agama dalam dirinya.  Harta merupakan perkara yang amat disayangi manusia. Untuk membuktikan ketulusan iman, kita hendaklah menyerahkan kepada sesuatu yang dicintai. Dengan penuh kerelaan, kita perlu mengorbankan harta tersebut untuk memperoleh kebahagiaan yang diimpi kelak. Di samping itu, zakat dapat menyucikan jiwadaripada sifat bakhil. Sekiranya kita sudah terbiasa menderma, kita akan gelisah sekiranya tidakmenderma. Zakat juga dapat menenteramkan hati.Setelah menderma, hati akan menjadi tenang dan tenteram.

3HBDJ

Pendakwah Pelapis

SOALAN: Saya ingin mengikuti jejak ustaz untukmenjadi seorang pendakwah. Mohon nasihatdaripada ustaz.

JAWAPAN:

  1. Hendaklah mengikhlaskan diri dalam berdakwah iaitu bertujuan hanya untuk Allah semata-mata. Teguhkan di hati hanya Allah yang ditaati, arahan-Nya tidak diingkari dan segala nikmat kurniaan-Nya disyukuri.

  2. Merutinkan amalan sunat dan menjauhi perkara makruh sebanyak mungkin.

  3. Berbangga dengan Islam dengan menonjolkan syiar Islam tanpa segan di tengah-tengah masyarakat seperti memakai kopiah, memberi salam kepada semua orang yang dijumpai dan sebagainya.

  4. Menyambut baik segala halangan dan rintangan.Tidak dinamakan dakwah kalau tidak pernah dihalang dan dicemuh oleh orang. Biarpun wujud kelompok masyarakat yang tidak menyukai kita,namun kita tetap  menggauli mereka dengan lemah lembut, memaafkan kejahatan dan kejahilan mereka.

 

 

Datuk Haji Ismail Kamus

Sumber artikel daripada Majalah Al-Ustaz Isu 08


 

Dato’ Haji Ismail Kamus

Lulusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau pernah menjadi guru, pegawai penyelidik dan pegawai dakwah selama 15 tahun di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), INTAN dan Pusat Islam. Jawatan akhir beliau ialah sebagai pakar rujuk di Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Pusat Islam sebelum bersara secara pilihan. Kini sebagai pendakwah bebas di samping menjadi peniaga dan pengamal perubatan Islam Darus Salam.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas