Menu

 

A+ A A-

NOTA LEKAT

Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang diberi hikmah, sesungguhnya ia telah diberi kebaikan yang banyak. (Surah al-Baqarah 2: 269)

Bahagia itu bukan pada banyaknya harta tetapi pada rasa tenteram dan reda. Dalam pada itu, kerja yang dibuat perlu diteruskan tanpa menghentikan usaha di tengah jalan. Jika menerima diucapkan syukur, jika tidak pun berasa lapang. (Hukama)


Dua puluh ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya dan sama kuatnya, sama pula kepandaiannya menghela pedati, tentu harganya pun tidak pula berlebih kurang. Tetapi dua puluh orang manusia yang sama tingginya, sama kudratnya belum tentu sama “harganya”. Sebab bagi kerbau, tubuhnya yang berharga tetapi bagi manusia peribadinya. (Hamka)


Badan kita ini sebagai sarung bagi hati kita. Apalah gunanya sarung pedang, kalau pedangnya itu tidak baik. (Hukama)


Kalau berkata, biarlah pendek tetapi jelas. Kerana yang panjang itu sebahagiannya melupakan sebahagian yang lain. (Hukama)


Menjaga apa yang ada di tanganmu, lebih baik daripada mengejar apa yang ada di tangan orang lain. (Hukama)


Kalau badanmu kuat, kerjakan perintah Allah. Kalau badanmu lemah, tinggalkan maksiat. (Hukama)


Dunia ini seperti roda. Apabila habis engkau kelilingi, akan kembali lagi ke tempat engkau bermula. (Hukama)


Jika kita anggap dunia seperti jambatan bagi akhirat, perlu supaya jambatan itu diperkukuh. Kalau kita anggap dunia seperti kapal bagi orang yang menumpang ke akhirat, perlu juga kapal yang boleh membawa kita ke akhirat. (Hukama)


Janganlah kamu berharap kesenangan akhirat dengan tidak beramal, sebagaimana tidak patut engkau mengharap kesenangan dunia dengan tidak bekerja. (Hukama)

 

NURUL AMIRAH ABDUL RAHIM

Sumber artikel daripada GEN-Q 10


 

Nurul Amirah Abdul Rahim

Lulusan Universiti Teknologi Mara

Kembali ke atas