Menu

 

A+ A A-

ANALOGI DARI SEBATANG POKOK

Anak Pokok: Asalnya Daripada Biji Benih. Anak Pokok Memerlukan Ketahanan Yang Tinggi. Ketika Ini, Panahan Cahaya Matahari Dirasakan Begitu Panas. Sama Ada Dapat Meneruskan Hidup Menjadi Pokok Yang Besar Ataupun Mati, Semuanya Bergantung Pada Anak Pokok.

Manusia juga begitu, jika terlalu mudah mengatakan saya mengalah, maka bagaimana kesenangan selepas kesusahan itu dapat dipraktikkan? Ingat, kejayaan tidak dating bergolek.

DAHAN POKOK :  Dahan pokok tumbuh sedikit demi sedikit. Tidak terlalu awal ataupun tergesa-gesa. Apabila pokok memperoleh cukup cahaya, udara dan air, dahan pokok akan mulai membesar sedikit demi sedikit. Mari belajar daripada dahan pokok. Sekiranya kita masih muda, dan tanggungjawab yang utama adalah belajar dan menggembirakan ibu bapa, maka, sabar... belajar dahulu sehingga berjaya. Jangan tergesa-gesa ingin bercinta dan berpasangan pula ya!

AKAR POKOK : Walaupun tidak kelihatan, tetapi ia menjadi bahagian yang utama pada sebatang pokok. Ia ibarat akidah dan kepercayaan yang menjadi asas dalam diri manusia. Perasaan marah dan tidak sabar berpunca daripada hati. Bahagian dalaman ini yang perlu dijaga. Barulah marah boleh dikawal jika kita berhadapan dengan situasi tersebut. Hati sejahtera, marah tiada. Banyakkan mengingati Allah dan menginsa_kejadian diri supaya hati lebih baik.

BUAH: Siapa yang tidak suka jika diberi sesuatu yang baik? Tetapi bagaimana kita mahu memberi Sekiranya kita dikhianati atau dikasari? Mari belajar daripada buah. Walaupun dibaling batu ataupun dijolok untuk mendapatkan buahnya, tetapi pokok sentiasa memberikan buah kepada orang lain.

HAKIM

Nurul Amirah Binti Abdul Rahim
Sumber artikel daripada Majalah Gen Q Isu 7

 


 

Nurul Amirah Abdul Rahim

Lulusan Universiti Teknologi Mara

Artikel berkaitan: « BULAN RINDU DI SEBALIK UJIAN »
Kembali ke atas