Menu

 

A+ A A-
Ustaz Adlan Abdul Aziz

Ustaz Adlan Abdul Aziz

Lulusan Ijazah dalam bidang Pengajian Bahasa Arab, Universiti Al al-Bayt, Jordan. Mendapat ijazah penyampaian hadis bersanad dari Muhaddis Jordan terkemuka, Al-Arnaut. Kini berkhidmat sebagai guru di SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur.

PERSAHABATAN DI ATAS NAMA ALLAH

  • Kategori Hadis

Lumrah bagi manusia berkawan dan bersahabat namun dalam diri mereka terselit pelbagai tujuan dan untuk mencapainya dilakukan pula dengan pelbagai cara. Cuma hubungan itu kadangkala terbina atas ikatan dan landasan yang tiada kaitan dengan agama. Manakala cara bersahabat pula tidak dihiasi dengan adab-adab Islam.

SOLAT ANUGERAH PENGAMPUNAN TUHAN

“Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan dosa.”

WUDUK BUKAN SEKADAR AIR YANG MENGALIR

ANTARA perkara yang membezakan Islam dan agama-agama lain ialah Islam mementingkan kebersihan zahir dan batin, luar dan dalam. Tiada siapa dapat menafikan perkara ini dan ia terbukti jelas dan nyata melalui ajarannya. Di kala umat lain yang mementingkan kebersihan  diri semata-mata atau kebersihan luaran sahaja, Islam datang dan menekankan kepentingan hati yang suci berserta tubuh badan yang bersih dan keduanya tidak dapat dipisahkan.

TANGISAN YANG MEMBAWA KEREDAAN

  • Kategori Hadis

MAFHUM hadis Nabi s.a.w. tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat, yang mana tiada naungan lain selain naunganNya; salah satunya ialah orang yang mengingati Allah s.w.t. seorang diri hingga mengalir air matanya.

NABI MUSA A.S. TAMPAR MALAIKAT MAUT

SEBUAH kisah daripada hadis sahih riwayat Abu Hurairah r.a. bahawa suatu ketika Malaikat Maut diutus kepada Musa a.s. untuk mengambil rohnya. Sebaik sahaja tiba, Nabi Musa terus menamparnya (hingga terkeluar matanya).

SINERGI KETAKWAAN

  • Kategori Hadis

SUDAH menjadi lumrah setiap pekerjaan di dunia ini tidak mudah kecuali dengan sikap tolong-menolong dan bantu-membantu. Sebagaimana manusia bertolong bantu melakukan kebaikan, kita juga dapati adanya golongan lain yang Bantu-membantu melakukan kejahatan! Bertuahlah mereka yang melakukan kebaikan, dan rugilah mereka yang melakukan kejahatan.

MALU MUNCUL DARI IMAN

  • Kategori Hadis

ANTARA sebab yang membantu menyuburkan perkara dosa dan maksiat ialah kurangnya rasa malu pada diri seseorang itu. Sifat malu menghalang seorang Muslim daripada melakukan dosa, malah dalam masa yang sama menjadi pendorong untuk dirinya memperbaiki amalan dengan menambah ketaatan.

JADILAH PENYEBAB HIDAYAH BUKAN PENYEBAR DHALALAH

  • Kategori Hadis

ISLAM mengajar umatnya agar bukan sekadar berseorangan menjadi insan bertakwa dan mulia, malah umat Islam disuruh untuk menyebarkan ketakwaan seluas mungkin. Dalam erti kata lain, al-Quran dan sunah menyuruh umat Islam menjadi manusia beriman yang memperbaiki dirinya di samping menjadi agen penyebar dakwah untuk memperbaiki manusia lain di sekelilingnya.

ISTIQAMAH KUNCI KEJAYAAN HIDUP

  • Kategori Hadis

DALAM bab “Istiqamah”, Imam al-Nawawi memulakan bicara dengan menyebut beberapa ayat al-Quran yang menyuruh kita agar memiliki sifat istiqamah. Apa itu istiqamah?