Menu

 

A+ A A-

TIADA LAGI DARA

Adakah seseorang perempuan itu wajib memberitahu bakal suaminya bahawa dia sudah tidak ada dara ?

Jawapan

Soalan seperti ini memang bermanfaat terutamanya pada akhir zaman. Jawapannya perempuan yang sudah tidak ada dara tidak wajib memberitahu hal tersebut kepada suami atau bakal suami. Jika suami bertanyakan hal itu sekalipun, dia tidak wajib memberitahu.

Kadangkala perkara sebegini boleh membawa kepada kemusnahan sebuah rumah tangga atau ikatan yang akan dilangsungkan. Maka tugas suami itulah untuk merisik. Dia boleh bertanya orang, tengok sendiri dan seumpamanya. Walau bagaimanapun kita tidak wajib mengetahui tentang orang lain seperti Allah mengetahui keadaan seseorang.

Maka apabila kita berkahwin dengan seseorang, kita kena ingat bahawa secantik atau sekacak mana pun dia, pasti ada kekuran- gan. Perkahwinan pada hakikatnya pun penyatuan antara dua orang insan yang sangat kurang. Lalu satu sama lain menampung kekurangan masing-masing.

Dosa-dosa kita yang lepas, lepaslah. Contohnya ada sahabat Nabi sebelum masuk Islam pernah sembah berhala, berzina, minum arak dan berjudi. Namun apabila memeluk Islam, maka sempurnalah.

Kita tidak perlu kisahkan perkara yang telah lepas. Kita semua ada sejarah masing-masing. Yang tidak ada dosa ialah para nabi dan rasul. Kita semua pula banyak kesalahan.

Salah Faham

Tafsir Apakah tafsiran sebenar ayat yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga ia mengubah dirinya sendiri” (Surah al-Ra'd: 11)?.

Jawapan

Ayat ini bukan berkaitan dengan nasib sebagaimana yang difahami oleh orang kebanyakan. Sebenarnya tafsiran yang betul: Sesungguhnya Allah tidak akan menarik pemberiannya pada seseorang atau masyarakat melainkan masyarakat itu tidak lagi bersyukur kepada Allah. Maka ketika itu Allah akan menarik kembali pemberian-Nya itu. Lafaz “Innallaha la yughairu ma biqaumin” bukanlah bermaksud

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum. Tafsiran ini memanglah popular tetapi salah. Sebaliknya ia bermaksud Allah tidak akan menarik balik nikmat yang diberikan kepada suatu kaum.

Lafaz “Hatta yughairu ma bianfusihim” pula bermaksud sehingga mereka tidak lagi mensyukuri nikmat yang telah diberikan kepada mereka itu. Dalam erti kata lain, selama penduduk sebuah negara atau negeri bersyukur kepada Allah, maka Allah tidak akan menarik nikmat yang diberi.

Ayat lain yang berbunyi “Lain syakartum la azidannakum” iaitu maksudnya: “Sekiranya kalau kamu bersyukur, Aku akan tambah lagi nikmat.” Manakala sambungannya “walain kafartum inna ‘azabi lasyadid” iaitu maksudnya: “Kalau kamu ingkar kepada-Ku, Aku akan tarik balik.”

Maka kalau kita ingkar dan lawan Allah, maka Tuhan akan tarik baliklah. Kalau kita banyak menyanyi dan menonton drama, maka Tuhan akan tarik balik.

Wallahu a‘lam.

 

 

Ustaz Azhar Idrus

Sumber artikel daripada Majalah Al-Ustaz Isu 10

 


 

Ustaz Azhar Idrus

Beliau mendapat pendidikan agama secara bertalaqqi dengan beberapa guru agama di sekitar Kuala Terengganu. Sekarang beliau bergerak aktif menyampaikan kuliah agama di seluruh negara. Cara penyampaian beliau yang humor, jelas dan mudah, menjadikan beliau amat diminati masyarakat.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas