Menu

 

A+ A A-

MENGURUS MAYAT BUNUH DIRI

Ditulis oleh 

Mayat Bunuh Diri

 

Bagaimana cara sepatutnya menguruskan mayat orang Islam yang bunuh diri? Ada pendapat mengatakan mayatnya tidak boleh ditanam di perkuburan Islam?

Disebut dalam kitab-kitab fiqah, pengurusan jenazah orang bunuh diri tidak digalakkan dilakukan beramai ramai. Mayat itu tetap wajib dimandikan, disolatkan dan dikebumikan. Nabi dan para sahabat besar tidak akan datang menziarahi mayat-mayat yang membunuh diri seperti ini. Hanya beberapa orang sahaja yang terlibat sekadar untuk menunaikan fardu kifayah. Sebenarnya hal ini sama juga dengan pelaku maksiat atau orang jahat yang terkenal semasa hidupnya. Jika dia itu zalim kepada orang itu, tipu orang ini dan aniaya orang, maka tidak sunat menziarahi dan solat jenazahnya beramai-ramai. Dengan itu, mereka yang sepertinya akan terkesan dan insaf.

Jenazahnya tetap ditanam di perkuburan Islam, tidak boleh di tempat lain. Cuma jangan dikebumikan di tempat umum, sebaliknya sunat di belakang-belakang atau hujung-hujung pagar. Inilah sebagaimana yang disebut dalam kitab fiqah. Semoga semua orang takut hendak bunuh diri apabila melihat kuburnya diasingkan daripada orang.

Umrah Bulan Haji

Bolehkah kita melakukan umrah dalam bulan haji?

Memanglah umrah boleh dilakukan dalam bulan haji. Mungkin maksud soalan: Adakah umrah dalam bulan haji dikenakan dam atau tidak? Umrah yang dikenakan dam itu ialah umrah yang dilakukan dahulu sebelum tunai haji. Kalau lakukan haji dahulu, kemudian baru umrah, maka tidak dikenakan dam.

 

Wallahu a‘lam.

 

 

Ustaz Azhar Idrus

Sumber artikel daripada majalah Al-Ustaz Isu 12

 


 

Read 4958 times
Ustaz Azhar Idrus

Beliau mendapat pendidikan agama secara bertalaqqi dengan beberapa guru agama di sekitar Kuala Terengganu. Sekarang beliau bergerak aktif menyampaikan kuliah agama di seluruh negara. Cara penyampaian beliau yang humor, jelas dan mudah, menjadikan beliau amat diminati masyarakat.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.