Menu

 

A+ A A-
Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus

Beliau mendapat pendidikan agama secara bertalaqqi dengan beberapa guru agama di sekitar Kuala Terengganu. Sekarang beliau bergerak aktif menyampaikan kuliah agama di seluruh negara. Cara penyampaian beliau yang humor, jelas dan mudah, menjadikan beliau amat diminati masyarakat.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

MENCIUM JENAZAH

Soalan: Adakah mencium jenazah itu amalan sunnah?

Jawapan: Ya, ia merupakan sunnah Nabi s.a.w. Baginda pernah mencium beberapa orang sahabat yang telah wafat. Antara jenazah sahabat yang pernah Nabi cium ialah Usman bin Maz’un.

SAYURAN BERBAJA NAJIS

Sayuran Berbaja Najis

SOALAN: Ada sayur-sayuran yang menggunakan baja tahi babi seperti sawi, lobak dan sebagainya. Apakah hukum memakannya? Perlukah disamak terlebih dahulu?

MENGURUS MAYAT BUNUH DIRI

Mayat Bunuh Diri

 

Bagaimana cara sepatutnya menguruskan mayat orang Islam yang bunuh diri? Ada pendapat mengatakan mayatnya tidak boleh ditanam di perkuburan Islam?

SALAM BERLAPIK

  • Kategori Hukum

APA hukumnya perempuan bersalaman dengan lelaki secara berlapik iaitu dengan memakai sarung tangan? Pengetua di sekolah saya selalu berbuat demikian terutamanya dalam majlis-majlis rasmi.

TIADA LAGI DARA

  • Kategori Hukum

Adakah seseorang perempuan itu wajib memberitahu bakal suaminya bahawa dia sudah tidak ada dara ?

Jawapan

Soalan seperti ini memang bermanfaat terutamanya pada akhir zaman. Jawapannya perempuan yang sudah tidak ada dara tidak wajib memberitahu hal tersebut kepada suami atau bakal suami. Jika suami bertanyakan hal itu sekalipun, dia tidak wajib memberitahu.

BASUH KAKI DAPAT HALAU SYAITAN

  • Kategori Hukum

Orang tua kita selalu kata kalau balik dari kubur, kita hendaklah mandi terlebih dahulu. Kalau kita pulangke rumah dari mana-mana tempat, kena basuh kaki terlebih dahulu sebelum masuk rumah. Takut-takut ada jin atau syaitan yang ikut kita balik. Lebih-lebih lagi kalau di rumah kita ada anak kecil. Betulkah ustaz?

TIPS ELAK MENGUMPAT

  • Kategori Petua

LUMRAHNYA wanita suka bercakap. Bagaimana hendak mengelak daripada mengumpat?

Orang kata perempuan ni memang suka bercakap. Baik orang Terengganu atau orang Perlis, sama sahaja. Kalau dah perempuan memang dia suka bersembang. Ada juga perempuan pendiam. Itu satu dalam sejuta. Cuba perhatikan mak dan ayah kita. Siapa yang lebih banyak bercakap? Ayah kita senyap saja tetapi mak yang banyak cakap. Sebab itu Allah jadikan, tangan, kaki dan semua anggota lelaki kuat. Mulut sahaja tidak kuat.