Menu

 

A+ A A-

KONSEP BERHIAS BAGI WANITA

Islam itu indah dan tidak menghalang keelokan dan kecantikan. Sesiapa sahaja boleh mempraktikkan unsur keindahan yang dianjurkan agama dalam kehidupannya. Syaratnya, jangan pula mencemarinya dengan sesuatu yang jijik dan kotor, iaitu apa-apa jua perbuatan yang melanggar batasan syariat.

Termasuk dalam keindahan manusia ialah mempamerkan kecantikan dirinya kepada orang lain. Dalam erti kata yang lain, berhias atau bersolek. Ia dapat difahami apabila seorang perempuan mempamerkan perhiasan yang ada pada dirinya kepada lelaki ajnabi (bukan mahram). Jika dia adalah suaminya sendiri, maka tidak menjadi masalah. Tetapi, jika bukan suami yang melihat kecantikan tersebut, nescaya ia mengundang dosa dan murka Allah s.w.t.

berhias 3

berhias2Maka, kecantikan yang ada pada seorang wanita pada tubuh badannya seperti leher, dada, rambut dan sebagainya hendaklah ditutup. Malah, jika wajah dan kedua-dua tapak tangan yang asalnya diharuskan untuk melihatnya, tetapi disolekkan dengan solekan yang melampau dan boleh menyebabkan kecenderungan kaum lelaki melihat dan tertarik kepadanya, ia dilarang.

Beberapa jenis perhiasan yang dibenarkan untuk diperlihatkan adalah seperti celak, cincin, dan gelang. Namun, perlu diingatkan agar ia tidak berlebih-lebihan, kerana hukum syarak menentukan sebaliknya. Segala perbuatan yang mengundang fitnah dan menggerakkan syahwat,ia dilarang dalam Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian sewajarnya agar kita tidak menjadi penyumbang kepada keruntuhan Islam dan umatnya. Semoga kita diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. untuk mengamalkan apa yangdiperintahkan oleh-Nya.

berhias 1

 

 

 

Ustaz Muhammad Yusuf A Kadir

Sumber artikel daripada QEN-Q 10

 


 

Ustaz Muhammad Yusuf b. Abd Kadir

Beliau editor Unit Terjemahan Telaga Biru Sdn. Bhd. Lulusan Universiti al-Azhar (B.A. Hons Usuluddin: Hadis dan Ulum Hadis) dan merupakan salah seorang kolumnis Majalah GenQ. Antara guru beliau adalah Syeikh ‘Ali Soleh iaitu seorang guru di Masjid al-Azhar.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

Kembali ke atas