Menu

 

A+ A A-

AGAR SYARIAT MEMAYUNGI ADAT

Syariat itu mudah. Ditambah pula apabila didokong adat,syariat pasti terserlah indah. Contohnya adat kenduri secara bergotong royong dapat merapatkan persaudaraan. Begitu bergotong royong dapat merapatkan persaudaraan. Begitu juga adat saling bertukar barangan hantaran menyuburkan juga adat saling bertukar barangan hantaran menyuburkan kasih sayang. Andai ditunjangi niat kerana Allah, walimah (majlis perkahwinan) akan menjadi ibadah.

 

Malangnya apabila nafsu mula dijadikan kiblat, mulalah adat menyanggah syariat. Sudahlah walimah tidak lagi dikira ibadah, adat itu pasti akan memenatkan masyarakat. Asal yang ibadah, adat itu pasti akan memenatkan masyarakat. Asal yang mudah akan menjadi susah. Berikut dibawakan beberapa kemusykilan dan perbincangan berkaitan konflik antara tuntutan adat dan tuntunan syariah berkaitan konflik ketika melaksanakan walimah. Mudah-mudahan dapat ketika melaksanakan walimah. Mudah-mudahan dapat memberikan sedikit pencerahan kepada sidang pembaca memberikan sedikit pencerahan kepada sidang pembaca sekalian. Sama-sama kita jadikan walimah sebagai ibadah.

Majlis Batal Wuduk

SOALAN : Apakah hukum melakukan majlis batal wuduk yang mana pengantin lelaki menyarungkan gelang pada kaki pengantin perempuan?

JAWAPAN :

RINGKASNYA: Majlis itu boleh dilakukan cuma sedikit perhatian perlu diberikan dalam pelaksanaannya.

HURAIAN: Majlis batal wuduk adalah antara adat perkahwinan masyarakat kita yang tidak bercanggah dengan syariat insya-Allah selagi mana menjaga batasan batasannya.

Majlis itu pada hakikatnya meraikan saat pertama mereka berdua halal bersentuhan.Jika sebelum berkahwin,haram mereka bersentuhan. Maka ketika ini perbuatan itu bertukar halal bahkan berpahala. Seperti yang kita sedia maklum, ada beberapa cara majlis ini dijalankan. Ada yang menyarungkan cincin ke jari,memakaikan rantai di leher atau menyarungkan gelang ke kaki.

Pastikan pengantin perempuan tidak sampai mendedahkan aurat kepada orang yang tidak sepatutnya. Barangkali pengantin sudah memakai pakaian sempurna yang menutup aurat, namun dia tidak perasan terlebih menyelakkainnya ketika menerima sarungan tersebut. Seperkara lagi pastikan gelang kaki itu jenis yang tidak berloceng hingga boleh mengeluarkan bunyi.

1ASMABomoh Hujan

 

SOALAN : Bersempena dengan pernikahan abang saya tahun lepas, bapa sepupu kami menawarkan diri untuk menolak hujan ketika hari majlis itu berlangsung nanti. Dia memang dikenali sebagai orang yang pandai berubat dikampungnya. Abang saya menolak tawarannya dengan baik. Namun dia melakukannya juga. Saya memang tidak mempercayai perkara sebegitu. Namun pada hari majlis itu, saya menyaksikan sendiri awan mendung yang membawa hujan beralih menjauhi tempat kami. Apa pandangan ustaz?

JAWAPAN :

RINGKASNYA: Haram melakukan upacara menolak hujan kerana itu perbuatan sihir. Sihir itu kebiasaannya melibatkan pertolongan jin. Setiap perkara yang melibatkan bantuan jin, pasti ada kesyirikan yang perlu dilakukan seperti memuja.

HURAIAN: Perlu difahami bahawa syariat bukannya menafikan kewujudan dan kesan sihir itu. Al-Quran sendiri merakamkan fenomena sihir iaitu dalam surah al-Baqarah ayat 102. Al-Quran juga merakamkan cerita bahawa jin Ifrit pernah menawarkan khidmatnya untukmemindahkan istana Balqis. Namun syariat melarang kita daripada melakukan sihir. Justeru, persoalan sekarang bukanlah pada“mungkinkah hal tersebut terjadi? ”sebaliknya, “bolehkah perkara itu dilakukan?”

Selagi Tidak Sempurna Majlis Tidak Boleh Bersama

SOALAN :

Kes yang saya ingin tanyakan ini turut berlaku kepada diri saya sebelum ini. Namun pada kali ini ia akan berulang lagi. Mengikut adat keluarga sebelah suami saya,selagi majlis walimah dipihak lelaki belum selesai, pasangan pengantin baru dilarang untuk tinggal bersama. Kesannya, jika dua majlis itu jaraknya seminggu, maka sebaik sahaja selesai majlis dipihak perempuan, si pengantin lelaki perlu mengikut rombongannya pulang ke kampung. Dia belum boleh menetap lagi di rumah mertuanya. Alasan mereka, tidak manis anak lelaki mereka bersama anak orang selagi belum sempurna majlis walimah. Mohon pandangan ustaz.

JAWAPAN :

RINGKASNYA: Hasrat di sebalik adat itu baik, namun tidak kena dengan syariat. Justeru, alangkah baiknya kalau dapat diusahakan supaya tidak melakukan adat tersebut.

HURAIAN: Menurut syariat, sebaik sahaja sah akad nikah, maka hallal bagi pasangan untuk bersama. Sesiapa pun tidak boleh menghalang perkara yang dihalakan syarak. Tambahan pula adat itu mungkin boleh menibulkan rasa tidak puas hati pada pihak pengantin.

Namun saya yakin bahawa mereka tidak bermaksud untuk mengharamkan apa yang Allah halalkan. Cuma mereka tersalah faham. Gunakan kuasa rundingan kedua-dua belah keluarga. Bincang sebaik-baiknya.

Pinjam Bank Demi Walimah

SOALAN : Sebelum ini saya begitu sinis dengan kawan-kawan saya yang membuat pinjaman bank semata-mata untuk majlis perkahwinan mereka. Kini saya sendiri terdesak untuk membuat pinjaman bank memandangkan kos pernikahan yang begitu banyak. Kedua-dua ibubapa saya tidak mampu. Mereka hanya bekerja di kampung. Apa nasihat ustaz?

JAWAPAN :

RINGKASNYA: Usah berhutang. Lakukan sekadar yang termampu.

HURAIAN: Pada asasnya,meminjam duit tanpa riba untuk berkahwin tidak salah dari segi hukum. Namun tindakan itu kurang bertepatan dengan roh syariat. Ditambah sekiranya saudara berhutang kerana memaksakan diri melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan, maka sebahagian ulama mengharamkannya. Tindakan itu termasuk dalam perbuatan takallufi aitu perbuatan memaksa-maksa diri melebihi kemampuan.

Imam Ibn Hajar al-Haitami dalam al-Fatawa al-Fiqhiyyah alKubra berfatwa: “Had takalluf Yang dikira tercela itu adalah apabila perbuatan itu menyebabkan kesusahan sama ada seseorang itu tiada cara lain melainkan terpaksa berhutang sedangkan si pemberi hutang keberatan, atau dia terpaksa menagih-nagih barulah diberikan hutang, atau dia tidak mampu langsung untuk melangsaikannya.”Allah sendiri tidak membebankan hamba-Nya dalam syariat. Firman-Nya yang bermaksud: “Allah sekali-kali tidak akan mentaklifkan (memberikan beban tanggungjawab) manusia melainkan dalam kadar kemampuannya.”  (Surah alBaqarah:286)

NASIHAT:  Buat apa jadi raja sehari tetapi hamba hutang bertahun-tahun?

Saudara mungkin menjadi mangsa keadaan yang tersepit dicelah-celah kehendak dan tuntutan orang lain. Sebenarnya mungkin Allah ingin menilai, adakah tuntutan adat yang dituruti atau tuntunan syariatnya yang dipegangi? Keredaan manusia itu matlamat yang tidak akan tercapai. Keredaan Allah itu pula matlamat yang jangan diabai.

TAMBAHAN: Kita mengharapkan agar masyarakat dapat mengekalkan adat bergotong royong dalam melakukan walimah. Seronoknya melihat apabila ada anak muda yang akan berkahwin, maka para sanak saudaranya sepakat menampung keperluannya. Ada yang menaja beras sekampit, ada yang menaja khemah dan sebagainya. Adat itu sangat terpuji di sisi syariat.

Bakal Mentua Bagi Pinjam

SOALAN :Bagaimana pula sekiranya keluarga pihak perempuan ingin member pinjaman kepada bakal pengantin lelaki untuk mempercepatkan majlis perkahwinan. Bolehkah pihak lelaki menerimanya?

JAWAPAN :

Boleh. Akad nikah tetap sah sekalipun berhutang mas kahwin. Cuma saya lebih prihatin Cuma saya lebih prihatin tentang tujuan berhutang. Sekiranya hutang itu hanya untuk membayar mas kahwin, tidakmengapa. Namun jika hutang ituuntuk menanggung kos mendirikan kenduri kahwin, maka seboleh bolehnya elakkan,kecuali diyakini mampu dibayar semula nanti. Buatlah walimah sekadar kemampuan tetapi ikhlas. Maka pahala pun dapat.

Mas Kahwin Cek Dummy

SOALAN : Apakah hukum mempamerkan mas kahwin berupa cek palsu? Namun kedua-dua belah pihak telah maklum tindakan ini. Jumlah mas kahwin yang disepakati sebenarnya telah diserahkan kepada pengantin perempuan sebelum itu lagi.

JAWAPAN :

RINGKASNYA: Harus. Hal ini kerana bukannya syarat sah pernikahan mas kahwin mesti dipamerkan ketika majlis. 

HURAIAN: Mempamerkan wang mas kahwin itu sebenarnya adat sahaja. Pelbagai ragam yang kita dapati daripada semudah-mudah cara seperti meletakkan wang tersebut di dalam album hingga kepada serumit-rumit cara seperti menggubahnya kepada pelbagai rupa. Jadi pada asasnya, adat ini tidak bercanggah dengan syariat.

Bersanding Tertutup

SOALAN :Kini sudah ada trend bersanding secara tertutup. Apa hukumnya?

JAWAPAN :

RINGKASNYA: Asalkan adat itu menepati syariat, maka diharuskan.Prinsipnya,haram atau halalnyasesuatu  bukan disebabkan namanya, tetapi hakikatnya. Sekalipun namanya persandingan islamik, haram tetap haram jika bercanggah dengan syariat.

HURAIAN: Alangkah baiknya kalau adat persandingan tertutup itu menepati syariat. Maka adat itu boleh menjadi alternatif untuk adat persandingan terbuka yang masih banyak dijayakan pada hari ini. Adat persandingan terbuka yang biasa diamalkan dihukumkan haram kerana beberapa faktor antaranya:

  1. Unsur pembaziran. Kos sewa pelamin beratus-ratus bahkan beribu. Namun hanya digunakan untuk sehari dua.
  1. Unsur menunjuk-nunjuk dan bermegah.
  1. Unsur membuka jalan maksiat. Pengantin perempuan disolek sebegitu rupa dan dipertontonkan hingga membangkit gelora syahwat dalam diri lelaki asing yang menatapnya. Jika adat persandingan tertutup itu bebas daripada unsur di atas, alhamdulillah. Maka diharuskan.

Dipaksa Bersanding

SOALAN : Saya memang ingin menjadikan walimah saya patuh syariat. Masalah yang saya hadapi ialah kedua-dua belah keluarga mendesak supaya diadakan majlis persandingan. Terutamanya ibu saya sendiri dan bakal ibu mertua sangat mendesak. Puas saya dan tunang saya berhujah,mereka tetap berkeras. Apa yang patut saya lakukan?Saya juga tidak ingin dikira sebagai anak derhaka.         

JAWAPAN :

Tahniah atas kesungguhan saudara untuk mengikuti syariat. Nasihat kami, teruskan  berusaha mengatasi masalah ini dengan baik dan berhikmah. Firman Allah yang bermaksud: “Dan mereka yang bermujahadah demi Kami, pasti Kami bimbing mereka ke arah Kami. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang berbuat kebaikan.” (Surah al-Ankabut: 69)

Usah membentak terus. Berbincang baik-baik dengan mereka, ambil hati dan berkompromi selagi mampu seperti mencadangkan persandingan secara tertutup dalam bilik yang hanya boleh ditonton oleh saudara-mara terdekat sahaja. Dicadangkan khidmat jurufoto juga daripada saudara yang mahram. Usah cepat mengalah, yakin dengan firman Allah, mafhumnya: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia pasti akan sediakan untuknya jalan keluar dan merezekikan kepadanya dengan cara yang tidak disangka-sangka.”(Surah al-Talaq: 2 dan 3)

Sunat Berhibur

SOALAN : Adakah walimah yang patuh syariat itu tidak boleh langsung ada muzik dan persembahan padanya? Apa hukumnya saya menjemput kumpulan kompang kahwin? Pada zaman remaja dahulu, saya antara pemain kompang kahwin.

JAWAPAN :

RINGKASNYA: Dibolehkan bahkan disunatkan untuk mengadakan persembahan hiburan bersempena walimah. Bahkan adat paluan kompang kahwin dan pertunjukan silat masyarakat kita ialah adat yang tidak menyalahi syariat. Adalah satu salah faham bahawa walimah yang patuh syariat itu mesti bebas daripada sebarang muzik dan hiburan. Namun persembahan hiburan tersebut mestilah patuh syariat.

HURAIAN: Terdapat banyak hadis yang merakamkan perkara ini antaranya:

  1. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Isytiharkanlah perkahwinan. Pukullah ghirbal (sejenis kompang) sempena dengannya!” (Riwayat al-Tirmizi)

  1. Hadis yang diceritakan oleh Ibn Abbas: “Aisyah pernah menguruskan perkahwinan seorang perempuan Ansar yang ada hubungan keluarga dengannya. Kemudiannya Rasulullah bertanya:“Adakah kamu telah menyerahkan perempuan itu (kepada suaminya)?” “Ya.” “Ada kamu hantarkan bersama orang yang menyanyi?” “Tidak.” “Sesungguhnya Ansar itu Kaum yang sukakan ghazal (sejenis gurindam). Kalaulah kamu Hantar orang yang boleh bernyanyi: “Kami dah datang kepada kamu, Kami dah datang kepada kamu. Keselamatan buat kami. Keselamatan buat kamu.” (Riwayat Ibn Majah)

Maka Dr. Wahbah al-Zuhailidalam al-Fiqh al-Islami merumuskan: “Tidak mengapa nyanyian dan alunan yang tidak dikhususkan kepada orang tertentu semasa majlis perkahwinan berdasarkan hadisIbn Majah.  Begitu juga Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam al-Halal wa al-Haramfial-Islam berpendapat: “Maka digalakkan nyanyian dan muzik pada majlis keramaian untuk mewujudkan kegembiraan, keriangan dan hiburan seperti pada hari-hari raya, walimah, sempena menyambu tkepulangan orang merantau, aqiqah dan menyambut kelahiran bayi. ”Rumusannya, berhibur dengan nyanyian dan muzik yang sederhana sempena walimah itu dibenarkan.

Maknanya, jika ia berlebihan sehingga mengganggu jiran tetangga dengan suara pekikan dan dentuman alat muzik, maka hukumnya boleh menjadi haram. Nasihat saya, dapatkan nasihat daripada ustaz-ustaz dahulu dalam merancang walimah, mudah-mudahan lebih berkat.

2ASMA

Potong Kek, SarungCincin dan Baling Bunga

SOALAN : Umat Islam dilarang untuk tasyabbuh (menyerupai adat orang kafir). Bagaimana dengan adat memotong kek, meniup lilin, sarung cincin dan membaling bunga kepada hadirin sempena walimah yang berasal daripada adat Barat?       

JAWAPAN :

RINGKASNYA: Adapun adat menyarung cincin dan memotong kek itu dibolehkan. Kedua-duanya telah menjadi adat sejagat, tidak lagi khusus untuk kumpulan tertentu dan tidak bercanggah dengan syariat. Manakala meniup lilin dan adat membaling bunga itu ditegah menirunya kerana berlatar belakangkan kepercayaan tertentu yang bercanggah dan tiada manfaat.

HURAIAN: Hukum tasyabbuh telah dibincangkan secara panjang lebar oleh para ulama. Secara rumusannya, kita dilarang menyerupai adat atau budaya khusus agama atau kaum tertentu. Sebaliknya tidak mengapa untuk kita meniru budaya yang tidak lagi khusus untuk mana-mana kaum seperti memakai kot, menghidang/menjamu pizza dan pasta atau bermain bola sepak asalkan tidak bercanggah dengan syariat.

Bahkan sekiranya budaya tersebut bermanfaat, umat Islam digalakkan menirunya seperti bersenam di gim.

HUJAH: Prinsip ini boleh difaham idengan mengamati tindakan-tindakan Nabi antaranya:

  1. Hadis yang bermaksud:“Apabila Nabi ingin menulis surat kepada Kisra, Kaisar dan Najasyi, Baginda diberitahu bahawa mereka tidak menerima surat melainkan yang bercop. Lalu Baginda membuat cincin cop daripada perak yang berukir: Muhammad Rasulullah.” (RiwayatMuslim)

  2. Nabi juga tiada masalah untuk memakai pakaian Rom atau jubah orang Syam yang sempit pada bahagian tangan sedangkan ketika itu masyarakat di Syamberagama Kristian.

Ustaz Muhammad Luqman Makhtar 

Sumber artikel daripada Majalah Al-Ustaz Isu 08


 

Muhammad Luqman Makhtar

Sarjana Muda Ilmu Wahyu (Fiqh dan Usul al-Fiqh), UIAM. Pernah berkhidmat di Kolej Komuniti Masjid Tanah dan Selayang. Kini editor syariah di Telaga Biru Sdn. Bhd.

 

Klik imej di bawah untuk mendapatkan koleksi buku penulis ini di Addeen Online Store.

special-4157 special-4099special-3928

 

Kembali ke atas